
Alhamdulilah. Semalam team Jom Tapau busy menyiapkan hidangan makan malam untuk Majlis Kenduri Tahlil untuk Rumah Puan Musninah. Majlis tahlil untuk arwah suami beliau.

Tempahan makanan telah ditempah oleh Puteri UMNO Bahagian Segambut untuk disumbangkan kepada Puan Musninah sebagai tanda pihak Puteri UMNO Segambut juga turut sama bersimpati di atas pemergian suami beliau.

Majlis diadakan selepas solat Isyak di kediaman beliau di Kampung Segambut Bahagia. Tepat pukul 8.00 malam semua makanan telah siap untuk dihidangkan.

Menu yang telah ditempah : Ayam Masak Gulai Lemak Cili Api, Sayur Kobis campur carrot goreng, Ikan Masin Bulu Ayam dan Ikan Masin Gelama, Sambal Belacan, Ulam Raja, Daun Salam, Timun dan Tomato, Air Sirap dan buah Pisang.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan katering kami sila hubungi talian 012 9766545 / 013 3009802.
No comments:
Post a Comment